-->
Mawar Merah

Blog Rules


BEWARE!

Anda DILARANG KERAS menggunakan BAHASA LUCAH atau KESAT, MENCARUT dan MEMAKI HAMUN serta yg seumpama dengannya samada di dalam SHOUTBOX mahupun di bahagian KOMENTAR. ADMIN berhak MEMADAM dan tidak teragak-agak untuk BANNED those who do not respect these INSTRUCTIONS!


YOU.ARE
BANNED.FOREVER!!

Welcome


p/s : BUZZ me
Di sini kita bertemu

Girl's Site

  • ✿ Miss Rina
    FOKUS
    6 hours ago
  • ✿ Miss Nazirah
    Wordless Wednesday : Betul Ke ???
    11 hours ago
  • ✿ Miss Tiha
    dil kya kare...sonbahar - 2+1
    14 hours ago
  • ✿ Miss Irine Nadia
    Wordless Wednesday
    17 hours ago
  • ✿ Madam Eima
    Tak Semua Perkara Ibu Bapa Mampu Mendidik ::TQ Cekgu & Selamat Hari Guru::
    19 hours ago
  • ✿ Miss Zura
    Kenangan bersama sekolah..
    20 hours ago
  • ✿ Miss Ila
    SEPI TANPA KATA ( SALAM RINDU)
    1 day ago
  • ✿ Miss Elia (KFCM)
    Genting Day 2 - Ripleys
    1 day ago
  • ✿ Miss Adilah
    exem fever! handmade brooch sekali :)
    2 days ago
  • ✿ Miss NazatulShima
    Productive weekend
    3 days ago
  • ✿ Miss Mariena
    Antara dua watak.
    4 days ago
  • ✿ Miss Ezmaliza
    SnaPhenomena Photography in White Room Studio
    4 days ago
  • ✿ Miss Ieja
    Naskhah Cinta Rasulullah
    6 days ago
  • ✿ Miss Yuna
    terpaku melihat barang-barang vintage kemain cun! *mata bersinar*
    1 week ago
  • ✿ Miss Suraiza
    the engagement
    1 week ago
  • ✿ Miss Hidayah
    Buku-buku
    1 week ago
  • ✿ Miss Istieyqomah
    K.S.M Sniper!
    2 weeks ago
  • ✿ Miss Ejaa
    aq nyew skew lewr.hehee
    2 weeks ago
  • ✿ Miss Kepa
    JANGAN pandang belakang! tapi sesekali, TOLEHLAH.. =)
    2 weeks ago
  • ✿ Miss Atin
    Charcoal Mask Daiso
    1 month ago
  • Faaein Talip Roy
    DIA Tak Pernah Jauh # 5
    1 month ago
  • ✿ Miss Farhana
    3 months ago
  • ✿ Miss Faina
    4 tahun di UPSI. Apa yang akan saya rindui?
    4 months ago
  • ✿ Miss Nabila
    our love is not a LIE..
    4 months ago
  • ✿ Miss Fara Farhana
    a fresh start part 3
    5 months ago
  • ✿ Miss Adibah
    I Will Forget You.
    8 months ago
  • ✿ Miss Adila
    Dapat Keje
    9 months ago
  • A.D.I.N.D.A
    Rambut aku tak gugur
    1 year ago
Show 5 Show All

Datang & Pergi


Daisypath Anniversary tickers

Sunday, December 25, 2011

Santai pagi ini

Merapu by ~♥ Mawar ♥~ at Sunday, December 25, 2011 0 Kuntum Mawar
WIKIPEDIA : Aku tahu semuanya.

FACEBOOK : Aku pula kenal dengan semua orang.

FRIENDSTER : A'aa, semua kenalan aku kau curi!

MYSPACE : Kami musuh anda wahai Facebook!

TWITTER : Takpe Facebook, aku back-up kau..

GOOGLE : DIAMMM!! Aku ada semuanya.

MOZILA : Eh, tanpa aku, korang tidak boleh diakses.

IE : Wei Mozilla, sendrik mau ingat ha…gua kan ada..!

MOZILA : Lu pehal? Kacau line orang jer!

IE : Lu dulu la mamat, mengaku lu sorang jer boleh akses pada diaorang tadi!!

INTERNET : Sudah!!! … jangan gaduh-gaduh ! Kalau aku takde, korang lagi la takde..! Power tak aku?

FACEBOOK : Hmmm, akulah yang paling ramai di kunjungi. Jadi gua yang terbaekkkkk..!!!

YAHOO : Facebook, jangan riyak. Kalau aku takde, mana boleh buat email!

GOOGLE : Yahoo, Gua kan boleh buat email gak!

MAXIS, CELCOM, TMNET : (serentak) Ehem! Lu org ingat kami ni kayu?

TNB : Diamlah korang, nanti aku matikan elektrik.. baru korang tau siapa paling power!

Wednesday, December 21, 2011

Pengalaman bersalin kali pertama

Merapu by ~♥ Mawar ♥~ at Wednesday, December 21, 2011 7 Kuntum Mawar
Assalamualaikum penduduk bumi !

Sudah masuk hari yang ke 11 aku berpantang . maka usia bayi saya dah 11 hari for today . wahh ! macam tak percaya aku dah punya anak sendiri . dah jadi mama pada usia yang masih muda kott . :)) berpantang kat ghumah encik suami jee . naseb baik , terberanak bulan 12 musim cuti sekolah , boleh jugak umi balik kelantan jaga aku kat ghumah encik suami nih . ohooii , terima kasih umi ku sayang !


For the first time dapat pengalaman bersalin rasa macam mimpi di siang hari jee . kuikui . kenapa aku cakap mimpi ? yelahh , selalu dengar cerita bersalin ni daripada orang-orang lain kan . so , sekarang sendiri dah rase sakit ke tak sakit . sakit ke ? hehe . bagi aku , sakit sangaatt tu time kontraksi dia jee . tapi sesetengah orang tak sama rasa sakitnya . well , nak dijadikan cerita , sebelum tahu dah nak bersalin tu , sehari sebelum tu , aku dah dapat tanda . darah ! walaupun tak banyak , tapi dah cukup buat aku risau . pagi-pagi lagi dah bersiap ke klinik yang selalu tempat aku buat check up perut . doktor check jalan , dia cakap jalan still tak buka lagi . malam esoknya , dalam pukul 1.30 pagi rasa dah lain macam . kalau ikut kata doktor , tunggu sakit perut , pegi lah klinik dia cepat-cepat . tapi malam tu , aku tak sakit perut . pinggang je sekejap-sekejap dalam 10 minit rasa sakit . tu pon takde la kuat sangat . masa tu , kami suami isteri tak tido lagi . tengah layan cite Nora Elena di laptop . haha. dan dan je pulop layan ceghita ! memandangkan naluri sendiri dah tak sedap rasa , aku call doktor tanya kontraksi nak bersalin ni akan datang dalam berapa minit sekali . masa tu aku sendiri macam tak boleh nak pastikan rasa sakit pinggang tu kontraksi ke hape . jadi , doktor suruh datang klinik dia terus .

Bila dah sampai klinik , aku terus masuk labour room , doktor nak check jalan . masa tu doktor cakap jalan dah buka 2cm . lebih kurang dalam pukul 1.45 pagi kott kalau tak silap . yang bestt nya doktor siap tanya lagi nak balik rumah dulu ke nak duduk tunggu kat ward klinik dia sampai jalan buka 10cm . sebab katanya , biasa lama jugak nak tunggu jalan buka sampai 10cm tu . tapi takde la sampai ke petang esoknya . fikir punya fikir , aku dan encik suami amik keputusan nak tunggu je dekat klinik .

Klinik ni klinik swasta kecik je . nak bersalin pon boleh kat sini . yang normal delivery jee lah . kalau secara pembedahan , dorang akan refer ke hospital besar . tapi klinik ni tak di panggil hospital . signboard nya 'Rumah Beranak' . klinik ni ada tiga bilik (ward) untuk pesakit . masa aku pegi tu , aku sorang je patient yang tengah tunggu nak bersalin . kat bilik (ward) , encik suami duduk bacakan Quran di sebelah . dalam pukul 3 pagi lebih kurang , sakit pinggang dah makin dapat dikesan dalam 5 minit sekali . contraction is coming ! tangan encik suami aku genggam kemas-kemas dengan harapan rasa sakit tu berkurang . sebab tak dapat nak tahan , encik suami panggilkan doktor datang . dia check jalan lagi . dah buka 5cm . doktor dah suruh masuk labour room untuk nak pecahkan air ketuban .

Lepas air ketuban dipecahkan , kami just tunggu jalan buka sampai 10cm . sehingga lah pukul 5 pagi , sakit yang menyengat-nyengat semakin dirasa . doktor check jalan dah buka 8cm . dari awal masuk labour room lagi , mulut tak berhenti ulang baca doa untuk memudahkan bersalin . sebelum tu , sempat mintak maaf dengan encik suami . mana tahu kot-kot ada perbuatan sendiri yang encik suami tak redha kee , umo tak panjang kee . kann ?! serius lah cakap , masa tuh langsung tak hengat apee dah selain Allah . memang berserah bulat-bulat padaNya . encik suami pon tak berhenti baca Quran kat labour room . sampailah masanya yang aku dah tak boleh nak tahan lagi . tersekat-sekat doa yang dibaca . sempat lagi dua kali mintak air nak minum . hee :p aku tak tahu berapa lama aku amik masa untuk push , yang aku tahu baby keluar pukul 5.41 pagi . Alhamdulillah . lalu encik suami datang dekat memeluk cik isteri . serta merta hilang rasa sakit selepas melihat senyuman encik suami dan tangisan bayi kami . syukur tak terhingga kepada Allah taala kerana kurniakan kami bayi yang sihat dan sempurna . berat bayi kami 2.8kg .

Papa Baby :)

Tuesday, December 20, 2011

Cintaku, Selamat Hari Lahir :)

Merapu by ~♥ Mawar ♥~ at Tuesday, December 20, 2011 0 Kuntum Mawar
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum :)

Entry ini dicipta khas buat suami tercinta Muhamad Sanusi Zakaria . Dia seorang suami yang baik , penyayang , pandai masak , penyabar , suka tolong isteri ! jatuh cinta setiap hari lah macam ni ! :D

Selamat Hari Lahir 
- Suamiku Sayang -
20 Dicember 2011



Dia , pemimpin ku .
Dia , pelindung ku .
Dia , ayah kepada anak-anak ku .
Dia , adalah Syurga ku .
InsyaAllah .




Abang , selamat hari lahir . semoga Allah panjangkan umur abang , dikurniakan iman yang terpuji , hidup sentiasa dirahmati , diberi kesihatan yang baik , semoga jodoh kita kekal sehingga akhir hayat dan semoga cita-cita dan impian abang menjadi kenyataan . dan abang mesti ingat , apa jua yang diusahakan oleh mu suamiku , Nurul akan sentiasa berada dibelakang abang , menyokong abang susah dan senang . insyaAllah . Ameen !




" Ya Allah,kau kurniakanlah suamiku kebahagiaan di dunia, akhirat, kau panjangkanlah usianya, berikahlah dia segala kebahagiaan yang sepatutnya menjadi milikku , kau panjangkanlah jodoh aku dan dia hingga ke akhir usia . Berikanlah aku kesempatan untuk melalui liku-liku kehidupan bersamanya . Serahkanlah segala penderitaan di dalam hati dan dirinya kepadaku , berikanlah segala kebahagiaan aku kepadanya .. Ameen .. "



Monday, December 19, 2011

Permata Yang Dicari

Merapu by ~♥ Mawar ♥~ at Monday, December 19, 2011 0 Kuntum Mawar
Tetiba malam ni terdengar nasyid ni.


Suamiku tersayang
♥ Hadirmu tanpa kusedari ♥



Sunday, December 18, 2011

Bidadari Mama Sudah Muncul

Merapu by ~♥ Mawar ♥~ at Sunday, December 18, 2011 1 Kuntum Mawar
11 / 12 / 11
AHAD
5.40 am

Selamat Datang Ke Dunia , Puteri Papa dan Mama

p/s : Story nya akan di update kemudian . Bye :)

Wednesday, December 7, 2011

Tanda-tanda hampir bersalin

Merapu by ~♥ Mawar ♥~ at Wednesday, December 07, 2011 0 Kuntum Mawar
Assalamualaikum pak cik & mak cik
Maceh pada yang sudi datang menjenguk belog ini .

Terus kepada tajuk yaww ! and so sorry sebab entry banyak dok ceghita tentang kehamilan dan seangkatan dengannya. dah tuan belog tengah pregnant , itu aje lah topic yang selalu suka nak share . :)

Hmm , oke kalau ikut kata doktor , hari ini aku dah masuk minggu yang ke-36 . ikut bulan dah 9 bulan 7 hari . minggu lepas dah pergi buat check-up , dan kata doktor , paling awal kemungkinan akan bersalin dalam dua minggu lagi. maknanya minggu depan lah kan . sekarang ni dah kena pergi check perut seminggu sekali dah . oleh kerana dah masuk 9 bulan ni , aku dah packing semua barang-barang baby dan mak baby sekali buat persediaan nanti nak masuk hospital . ( terasa macam ayat pening-pening lalat sikit lah . oohh --" ) sekarang ni memang tengah dok berjaga-jaga . tambah-tambah perut aku selalu mengeras akhir-akhir ni . ohh ya ! tengah dok blogwalking tadi , tetiba aku jumpa satu belog yang ada entry tentang ceghita beliau yang sama macam aku juga , tengah tunggu masa untuk bersalin jee . dan beliau ada sekali letak tanda-tanda hampir bersalin . antara tanda-tandanya adalah :

  •     sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  •     kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  •     sakit perut, memulas
  •     kerap buang air besar
  •     kerap terkentut


Tapi kan , tanda-tanda ni selalunya untuk kebanyakan wanita tak sama kott . berbeza-beza . aku ada juga laa jalan-jalan ke belog lain , dan mereka kata , tanda-tanda seperti di atas terjadi dalam sekitar dua minggu sebelum kelahiran . perut juga menjadi ringan disebabkan oleh kepala bayi yang telah mula turun ke bawah . oke , aku nak beritahu , semua tanda-tanda di atas tu telah dan sedang terjadi pada aku dah hampir seminggu tau . akhir-akhir ni juga perut aku selaluuu je memulas . mungkin juga sebab tersalah makan . atau mungkin memang tu tanda-tanda nak bersalin . urghh .. kalaulah kita tahu bila tarikh tepat bila kita akan bersalin kan . tarikh due aku pulak tak menentu . menyebabkan aku tak tahu nak ambil kira yang mana . kalau ikut yang mula-mula jumpa doktor , dia beri tarikh 17 december. kali yang seterusnya , 23 dec pulak . kali-kali yang seterusnya lain pula dan yang terbaru 29 dec . jadi aku ambil keputusan untuk bersiap bila-bila masa je . tanya orang , ada yang minggu 36 dah bersalin . ada juga minggu yang 37 . jarang kott yang sampai minggu 40 .

Baiklah . tanda-tanda di atas tu adalah sebahagian je . mari kita kongsi antara tanda-tanda yang lain yang aku jumpa dari satu sumber ni Tanda-Tanda Hampir Bersalin . 


Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir

  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.


Sakit belakang

  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.


Pecah air ketuban

  • Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.


Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis

  • Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.



Kontraksi yang tetap dan berterusan

  • Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual.



Bila Perlu ke Hospital

Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila: 

  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. )
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.





Monday, December 5, 2011

Seksi ke lelaki berkulit gelap ni ??

Merapu by ~♥ Mawar ♥~ at Monday, December 05, 2011 2 Kuntum Mawar


Benarkah ??

( Saya SETUJU ! HAHA . tapi bukanlah terlalu gelap . 
emm , boleh masuk dalam kategori HITAM MANIS . seperti suami saya . hehe )

Apa pula kata ANDA ??


Rahsia pemakanan anak pintar

Merapu by ~♥ Mawar ♥~ at Monday, December 05, 2011 0 Kuntum Mawar



  • 1) Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
  • 2) Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
  • 3) Susu segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
  • 4) Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
  • 5) Halia - Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
  • 6) Buah Delima - Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”


Sumber ~ Facebook

Sunday, December 4, 2011

Falsafah rezeki kucing

Merapu by ~♥ Mawar ♥~ at Sunday, December 04, 2011 0 Kuntum Mawar
Makanan kesukaan kucing ialah ikan. Tapi kucing tak pernah pun pegi memancing atau menangkap sendiri ikan di laut. Hal itu memang tak mungkin dapat dilakukannya. Justeru… untuk dapat makan ikan, apa kucing buat ??


Kucing akan menggesel-geselkan dirinya kepada tuannya, dan cuba memanjakan dirinya kepada tuannya. Maka dengan belas ihsan dan kasih sayang tuannya, maka ia akan diberikan ikan sebagai santapannya.

Begitu jugalah dengan kita ini. Untuk mendapat kehidupan yang baik, maka kita kena dekati TUAN kita. Siapa TUAN kita ? Itulah ALLAH yang Maha Agung, Robb sekalian alam.

Kita mesti kenali, dekati dan cubalah ‘bermanja’ kepada-NYA. Nescaya kelak, pasti kita akan disayangi dan dirahmati olehNya. Pastinya kita akan dikurniakan rezeki yang tidak disangka-sangka.

Jangan ingat dengan hanya kudrat, segala usaha dan susah payah kita, maka kita pasti mampu mendapatkan sebarang rezeki. Rezeki tidak akan kita dapat tanpa belas ihsan dan rahmat daripada TUAN kita. Kita tidak mungkin dapat rezeki tanpa izin TUAN kita.

Lihatlah bagaimana si kucing yang dikejar dan diburu oleh tuannya kerana mencuri ikan. Walau mungkin kucing dapat ikan, tapi tuannya tidak redha, marah dan bengang padanya. Maka jika begitu jadinya… apakah ada gunanya ???


Tips : Kalau nak dimurahkan rezeki, peganglah Falsafah Rezeki Kucing ini.


Sumber ~ PakarHowTo.com


Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Followers

Jom Follow Mawar !

If You Happy On This Blog, Please click 'Like' Button. Thank You!
Kelantan Bloggers

Kuntuman Mawar

 0 Orang Sedang Mengintai

Click! Click! Click!

My Babbling

  • ► 2012 (18)
    • ► April (1)
      • Wanita suka berbelanja - Ustaz Azhar Idrus
    • ► March (5)
      • Kahwin ini seronok
      • Cabutan Hadiah Misteri Untuk Pengunjung GOS
      • Taktik Terkini Perompak Menggunakan GPS
      • Lapangan Terbang Pengkalan Chepa
      • Hargailah isteri anda ..
    • ► February (6)
      • Kejutan Istimewa PART 2
      • Kejutan Istimewa PART 1
      • Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan Yang Pertama S...
      • Buat Suami yang Disayangi
      • Itu pon nak kecoh ka ?!
      • Siapa yang tak sukakan SURPRISE kan :)
    • ► January (6)
      • Ada tak yang nak join contest kite ?
      • Makanan Kegemaran Rasulullah
      • Genap sebulan usiamu sayang
      • Cerita di sebalik nama si comell mama
      • Siapa pemilik Lying To Myself ni ?
      • Say Goodbye to Shoutmix
  • ▼ 2011 (85)
    • ▼ December (9)
      • Santai pagi ini
      • Pengalaman bersalin kali pertama
      • Cintaku, Selamat Hari Lahir :)
      • Permata Yang Dicari
      • Bidadari Mama Sudah Muncul
      • Tanda-tanda hampir bersalin
      • Seksi ke lelaki berkulit gelap ni ??
      • Rahsia pemakanan anak pintar
      • Falsafah rezeki kucing
    • ► November (6)
      • Wordless Wednesday ? Apa tuu ?
      • Cuma tinggal beberapa minggu sahaja lagi
      • Sepuluh benda tak boleh dibeli dengan DUIT
      • Beliau kena tahan di wad khas :(
      • Antara 9 SITI yang patut dicontohi
      • Menanti detik keindahan bersamamu
    • ► October (3)
      • Sakit perut nak bersalin
      • Bahaya spa ikan
      • Sejauh mana kita faham hukuman sebat dalam hudud A...
    • ► September (2)
      • ENTRY LAPUK | Menyambut raya kali pertama bersama ...
      • Hikmah Puasa 6 di Bulan Syawal
    • ► August (5)
      • Cara nak sorokkan Password
      • Nii baju sejuk ke ape nii??
      • Kemalangan Unik Motosikal Masuk Lubang
      • Bulan Madu 3 Pasangan
      • Benci sebab tak boleh update entry
    • ► June (4)
      • Selasa ini MUKTAMAD penentuannya ! takoott !
      • Sempat kah ku cium tangan suami esok pagi ?
      • Yeeayy ! HEADER baru !
      • Pertama kali buat nasi lemak
    • ► May (15)
      • Berkemban
      • Tatapan penuh kasih
      • Sorry baby, mama banyak gerak hari ni
    • ► April (8)
    • ► March (3)
    • ► February (1)
    • ► January (29)
  • ► 2010 (132)
    • ► December (9)
    • ► November (15)
    • ► October (9)
    • ► September (6)
    • ► August (4)
    • ► July (10)
    • ► June (7)
    • ► May (9)
    • ► April (21)
    • ► March (9)
    • ► February (16)
    • ► January (17)
  • ► 2009 (10)
    • ► December (3)
    • ► November (2)
    • ► September (5)

Guy's Site

  • ✿ Mr. Ben Ashaari
    Aku umpama sampah ..
    3 hours ago
  • ✿ Mr. Ujang
    Rindu Dengan Papan Hitam
    16 hours ago
  • ✿ Mr. Captain
    DOA RAWATAN MATI PUCUK DAN LEMAH TENAGA BATIN
    17 hours ago
  • ✿ Mr. Naim
    Tips Berurusan Dengan Lelaki
    2 days ago
  • ✿ Mr. Cekodok
    dikaulah bunga kehormatan kami
    5 weeks ago
  • ✿ Mr. Apiz
    cukup dah semua
    1 month ago
  • ✿ Mr. Azrai
    Nota Cinta Dia..
    2 months ago
  • ✿ Mr. E-dekz
    FASHA SANDHA BERKAHWIN DENGAN JEJAI
    3 months ago
  • ✿ Mr. Huzaifah
    6 Surah Yang Dimulai Dengan الم
    3 months ago
  • ✿ Mr. Aduka
    Ombak Rindu (2011) Malay DVDRip : Download Link
    4 months ago
  • ✿ Mr. Amrul
    Renung2 kan...
    6 months ago
  • ✿ Mr. Fauzi (myBABA)
    Manusia Adalah Sebaik-baik Kejadian
    11 months ago
  • ✿ Mr. Syahir
    DOA SEORANG IBU
    1 year ago
  • ✿ Mr. Gigahard
    T.A.Terfikir?? Perkembangan terbaru keadaan di Mesir
    1 year ago
  • ✿ Mr. Digiman
    CakapBola | AFF Suzuki Cup 2010
    1 year ago
Show 5 Show All

 

Mawar Merah Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez