Assalamualaikum readers !
Oke ! mungkin aku lah blogger yang paling lewaattt untuk update entry RAYA 2011. bukan takat entry raya je yang lembap nak di update, tengok bilangan entry entry dekat 'My Babbling' pun kurang. semakin lupa pada belog sendiri agaknyee. kee wanita mengandung memang secara semulajadi jadi tak ade nafsu nak menulis, menaip dan sebagainyee ?? :D Ntah kenapa malam ini terasa pulak nak update cerita cerita raya. sebelum mood ini melarikan diri, cepat cepat aku masuk belog. wahhh ! even belog aku sunyi dengan entry entry terbaru, cuba halakan mata ke arah pusat follower. dah hampir hampir ke angka 4 ratus lah ! kecoh pulak kau follower baru 4 ratus orang. blogger lain dah cecah ribu riban tak bising bising pun. heh ! kau ape tahu ! BTW, thanks pada yang sudi follow belog i yang bersepah bagai neh. tegur dan sapa lah i bila dah jenguk ke sini tuh. :)
Baiklah! mari kita masuk ke tajuk asal. :p first of all, Selamat Hari Raya blogger blogger semua ! juga untuk readers tersayang, untuk suami tercinta, family i, family suami, sahabat sahabat sekolah, teman teman di ipt daannn untuk semuaaa umat Islam yang menyambut hari raya Aidilfitri. mohon maaf zahir dan batin segalanya !
Orait! FYI tahun ini adalah kali pertama aku menyambut syawal dengan encik suami tercinta. so, baju raya mesti nak sedondon la kan. katee pasangan ideal. kena la sedondon. ngee. untuk tahun pertama beraya sama neh, kami pilih warna biru muda ! oleh kerana kitorang berdua memang suka buat keje last minit, jadi terpaksa lah bersungguh-sungguh dua hari sebelum raya tuh kerjanya menapak kat semua shopping mall cari baju raya. bahan bahan untuk buat biskut raya semua dah beli. malam raya tuh sumpah penat, langsung tak terbuat apa pun biskut. nasib dah ada yang beli. tu pun tak habis habis sampai ke rini. elok lah bagi sape sape yang nak datang beraya boleh lagi. syawal pun tak abes lagi ni. huhu.
Pada pagi hari raya, kami sembahyang raya di surau kampung suami dulu. lepas siap solat, baru kami balik kampung nenek di Tumpat. sebab my family beraya kat sana. rasanya raya kali ni complete dalam gambar. adik beradik cukup. maklum saja, aku cuma ada 4 beradik jee :) selalunye kalau bergambar, mesti tak cukup ahli sorang. biasanya yang takde, adik lelaki aku yang sorang tu lah. then lepas siap makan-makan kat sana, kitorang balik rumah suami semula sebab hari tu kami dah buat rumah terbuka. nasi minyak, satey, semua ada. my family pun ada datang jugak petang tuh.
Raya kedua pulak, busyyy sangaaatt ! memula pegi ziarah kubur arwah mak mertua aku dulu. kemudian satu hari suntuk pegi ziarah sedara sedara suami. hohoii. penat yang teramat. tapi oke la kan. boleh kenal kenal. kalau tak pegi masa tuh, bila lagi. kang tak kenal sape sape pulak. em, raya ketiga baru dapat balik kampung aku sebelah umi. malam tu kami join BBQ kat sana. kesimpulannya raya tahun ni, macam ada yang tak best sikett la. tatau la tang mana. ;) tapi takpelah, ignore jee. harap tahun depan masih sempat menyambut raya. dengan suami dan jugak anak yang bakal lahir insyaAllah penghujung tahun ini. Amin..
Beraya di rumah abang ipar. dalam gambar neh, penuh dengan anak anak sedara.
lain lain tuh ada kakak ipar dan adik adik ipar.





4 Kuntum Mawar:
wah .. best kan .. dah kawen.. lepas ni menyambut raya pertama dengan anak lak . insyaAllah ;)
bahagianya..:)
@nazirah:
kawen memang best sebab dah tak de ape yang terbatas antara kita dan suami. tapi tanggungjawab masing masing tak boleh lalai la:) insyaAllah jika dipanjangkan umo tahun depan beraya dengan suami serta anak pulak..
@hazanis:
Doakan kebahagian rumahtangga kami sehingga hujung nyawa.. dan hazanis juga.. moga berbahagia dengan kehidupan anda hendaknya:)
Post a Comment