Kongsi cerita Trip Bulan Madu lagi. kali ini kami berdua pegi dengan dua lagi pasangan. sepatutnya trip ke tempat ni adalah trip bulan madu yang memula sekali selepas nikah hari tu. tapiii disebabkan oleh kami tak punya ruang masa yang cukup terpaksa kami tangguh dulu sampai la 29 Julai 2011, alhamdulillah tercapai jugak nak ke sana. Trip ke Pulau Langkawi pada 29 Julai 2011. kami bertolak ke Perlis dulu dalam pukul 1.30 pagi. sengaja turun lewat sebab kami nak ada kat sana sebelum tengahari jumaat tu. trip ni pun bukan dapat stay banyak hari kat sana sebab encik suami kerja pada hari ahad tu.
Berhenti rehat dan breakfast dulu kat Perhentian bas.
dah lupa kat mana nih. rasanya kat Baling. tak pun kat Sik.
Kami sampai kat Perlis dalam pukul 10 pagi. kenapa lewat?? haha. kerana saya yang drive start dari turun rumah lagi sampai ke Perlis. encik Suami tak leh sangat nak drive malam-malam. cepat mengantuk. so, saya awal-awal lagi dah offer diri sendiri mintak nak drive. kami amik ferry dari Jeti Kuala Perlis ke Pulau Langkawi yang pukul 1.30 tengahari.
Dalam ferry bertolak ke Pulau Langkawi !
Lebih kurang satu jam je kot dah sampai sana. terus tunggu asben dan kawan dia pegi cari car rental. sebab kami semua ramai dalam 6 orang, so kami decide untuk sewa sebuah MPV. tak perlu banyak-banyak kereta. lagipun kami akan bergerak sama-sama jugak. em, tadi sebelum datang sini, kami dah tempah apartment. tapi bila dah sampai Langkawi, plan berubah. ada yang nak menginap dekat dengan pantai. jadi kami ke Chenang. oleh kerana kami sampai lewat kat sana, jadi masing-masing isi perut dulu makan ringan-ringan kat sebuah gerai. petang tuh cuma aktiviti mandi-manda kat pantai. isteri-isteri tak join. sampai ke Maghrib baru masuk ke bilik bersiap-siap untuk solat dan malam tuh cuma jalan kaki bersiar-siar di kawasan sekitar jee. saya nih yang drive semalam langsung tak dapat rehat lagi. tak lama kot kami berdua jalan-jalan malam tu. badan dah letih sangat tunggu masa nak tidurr je. dua pasangan lagi dah tak tahu kemana dah dating nya. pantai kot.
Makan malam bersama.
Bersiar-siar. encik suami tengah pilih nak beli selipar.
Dalam Underwater World. boleh tengok macam-macam speisis ikan ada. dari yang saiz kecik hingga yang bersaiz besar manusia. jerung, pari, singa laut dan ikan yang pandai ber-lipstic dan ber-eyeliner pun ada. haha. ada jugak kat situ satu tempat yang kami boleh sentuh dengan tangan sendiri ikan-ikan dia.
Tak sangka PENGUIN pun ada lah ! haha. comel-comel pulak tuu.
berpuluh-puluh penguin ada kat sini tahu.
Kami keluar dari Underwater World dalam pukul 1 tengahari. tadi sebelum gerak, kami dah check out bilik masing-masing sebab kami akan ke Pekan Kuah dan terus ke Jeti. dalam perjalanan, kereta yang kami sewa tu pulak buat perangai. tangki air bocor. menyebabkan kami terpaksa berhenti banyak kali di tepi-tepi jalan. terpaksa jugak spare air dalam banyak botol. kereta pulak timer dia sampai pukul 3 petang je. tinggal sejam lagi. so, kami cadang mintak tuan kereta tukar kereta lain dan ganti masa yang dah banyak kami bazirkan masa tuh. nasib baik tuan kereta tu baik dan tak berkira. :p
Seterusnya, kami terus pegi cari tiket ferry dulu takut habis. sebab kami memang terpaksa balik hari tu jugak. jadi kami amik tiket ferry yang last pukul 7 malam. rancangan untuk naik cable car, nak ke Telaga Mahsuri, Makam Mahsuri dan lain-lain tempat yang bersejarah langsung tak dapat sebab kami berkejaran dengan masa yang suntuk. sebelum balik, kami solat dulu dan shopping apa yang patut untuk bawak balik. destinasi last sebagai kenang-kenangan kami berenam, kami ke Dataran Helang untuk merakam kan gambar disitu. lepas tu, semua dah macam ribut, lajuuuu je kaki berjalan nak ke jeti sebab masa tinggal setengah jam lagi untuk ke pukul 7 malam. nasib baik ferry tak gerak lagi, kami lewat beberapa minit sebab tunggu encik suami pegi hantar kereta.
Dataran Helang.
Dah nak balik dah !
kami bertolak balik kelantan dalam pukul 11.30 malam. encik suami drive separuh. cik isteri drive separuh. heheh. kesimpulan bulan madu kami kali ini agak tak berjaya kot. sebab banyaaakkk lagi tempat yang kami tak sempat nak pegi. insyaAllah, selepas ni kami akan pegi lagi ke Langkawi !





0 Kuntum Mawar:
Post a Comment