![]() |
| Pakcik Google punyee :] |
Assalamualaikum!! hello readers! lama menyepi kan. oke tetibe hari ini rasa nak post walau satu entry. sekurang-kurangnya aktif jugak belog aku untuk bulan ni. hm, Alhamdulillah syukur kepada Allah swt, dua tiga hari ni dah boleh start mengetuk kuali periuk segala dah. walaupun ketika proses mengetuk tu ada juge lah terbabas dek kerana tak tahan dengan bau-bau rempah ratus. walaupun masih tak sepenuhnya alahan ni untuk hilang tapi kira oke la kan sebab dah boleh masak sikit-sikit sekadar alas isi perut kami suami isteri. :)
Bercerita untuk hari ini, aku tetibe nak cuba buat NASI LEMAK. nasi lemak ni my favourite food masa zaman sekolah rendah dulu. pagi-pagi kalau tak beli nasi lemak sebelum pergi sekolah memang tak sah. kat sekolah pun bila masuk waktu rehat, takde benda lain aku rebutkan. nasi lemak sepinggan! makcik-makcik kantin sekolah tu buat nasi lemak eeuwww memang sedaaaapp!! sambal tumisnya pekat dan manis. tak pedas sangat. tahu harga sepinggan berapa? lima puluh sen SAHAJA! waaa! sekarang mana mahu cari nasi sepinggan harga 50 sen. heh. cuba cakap. kat mana ada?? kalau rumah parents aku dekat KL, pagi-pagi ada yang jual nasi lemak bukak gerai tepi jalan. nasi lemak dia memang tak boleh tahan. pedas teramat!! tapi memang sedap la sambal tumis dia buat. yang tak syokk balik rumah kena goreng ikan bilis sendiri. sebab dalam setiap bungkusan dia, kami boleh kira berapa ekor je dia bagi. lima ekor je kot. haha. kedekutt betoll kan.
Macam biasa lah takde gambar nasi lemak yang aku buat tadi untuk ditepekkan di sini. siap masak, call suami suruh balik, kemudian kami terus telan ke perut. tadi aku buat sambal tumis dia cair sikit. esok esok nak cuba buat pekat pulak macam mana rasa. err, seumo hidup aku ni kali pertama buat nasi lemak. sebelum sebelum ni tolong tengok je umi buat macam mana. tu pun tak sampai habis. tahu tahu dah siap boleh makan. :p tadi encik suami kata sedap. cik isteri pulak kata tak sedap. nak caye ke tak cakap encik suami?? kekadang risau dia saja nak amik hati kite. :D btw, terima kasih lah kalau betoll betoll sedap. :)







4 Kuntum Mawar:
salam wbt..
kalau cik abang kata sedap tu, maknanya sedap la tu..hihi
suami mana xsuka makan masakan isteri, makan masakan air tangan isteri ni ada berkatnya, mengeratkan lagi hubungan antara suami dan isteri.=)
bertuahnye dia dapat suami pada usia muda..hihi
@Ustaz Huzaifah:
Salam kembali ya akhi..
harap-harap pujian suami tu jujur lah.. hee. tak konfiden sebab baru kali pertama cuba buat..
terima kasih. moga ustaz pun kawen cepat-cepat. dapat isteri yang pandai masak. hari-hari mesti sayang. :)
i.Allah, pujian suami tu ikhlas lagi jujur, kalau xpuji isteri dia, nak puji sape lagi??=)
siket lagi masing2 akan lebih memahami hati budi antara satu sama lain..
hidup berumah tangga ni xlebih drp sebagaimana kita kenal GULA, semua orang tahu gula itu manis, akan tetapi tidak ada yang mampu utk menggambarkan bagaimanakah MANISnya gula itu, kecuali mereka yang pernah merasainya dengan lidah masing-masing...fikir2kan..=)
@Ustaz Huzaifah:
syukran ya akhi..
moga nasihat akhi boleh dijadikan panduan untuk saya..
Post a Comment