Oke. ini ditujukan kepada mereka yang suka menilai keburukan orang lain. dan dalam pada masa yang sama, tak sedar kesilapan diri sendiri. mungkin entry ini untuk panduan aku juga. jom baca sikit.
S : Kak, haritu saya dengar ustazah kata tak boleh berkemban depan bapak dan adik-beradik lelaki saya. kenapa kak?
Ya. tak boleh dik. perlu ada rasa malu, walaupun pada bapa dan adik-beradik lelaki sendiri.
S : Tapi kak, bilik air kat luar bilik. macam mana kak?
Adik yang kak kasihi fillah, ketahuilah bahawa lelaki itu mempunyai satu nafsu dan sembilan akal. nafsunya hanya pada perempuan. walaupun dia adalah bapa atau adik-beradik lelaki yang sudah baligh, namun aurat berat perlulah ditutup. maknanya selain dari kepala (muka dan rambut hingga ke tengkuk) dan tangan hingga ke lengan serta kaki. oleh itu, berpakaian sopanlah di hadapan bapa dan adik-beradik lelaki yang sudah baligh (berbaju lengkap dengan kain atau seluar panjang - dari bahu hingga ke kaki) , mahupun adik beradik lelaki yang lain.
P/s : dah lupa copy dari mana. sebab haritu cuma grab sesaje untuk panduan diri sendiri.






0 Kuntum Mawar:
Post a Comment